Khamis, 27 Oktober 2011


rumah tradisional melayu
      rumah tradisional melayu














Rumah-rumah tradisional Melayu telah diwarisi  semenjak beratus tahun yang lalu. Gaya dan bentuk Rumah Tradisional Melayu dipengaruhi oleh cara hidup, ekonomi, alam persekitaran dan iklim.
Iklim adalah perkara yang penting yang mempengaruhi bentuk senibina Rumah Tradisional Melayu. Negara kita mempunyai hawa yang panas dan hujan yang selalu turun dengan lebat. Rumah-rumah dan bangunan dibina dengan berpanggung atau bertiang. Rumah Tradisional Melayu dibina demikian kerana memberi laluan atau pengedaran udara.Rumah Tradisional Melayu yang bertiang dapat mengelak daripada ditenggelami air apabila berlaku banjir.


   Rumah Tradisional Melayu   

   
Rumah tradisional melayu









Bentuk bumbung yang curam yang dipanggil “lipat kajang” dapat memudahkan curahan air hujan. Lantai dan dinding rumah yang diperbuat daripada anyaman peluhan adalah untuk memudahkan pengedaran udara dan untuk mengurangkam rasa bahang panas.
Rumah Tradisional Melayu yang awal yang digunakan oleh Melayu dipanggil “dangau” atau “teratak”. Bentuk rumah tradisi ini adalah ringkas. Pada masa dahulu, tiang Rumah Tradisional Melayu adalah bulat dan diperbuat daripada anak-anak pokok kayu. Seluruh rumah   diperbuat daripada kayu dan bumbungnya daripada atap nipah atau rumbia.

Rumah tradisional melayu
Rumah tradisional melayu











 Bentuk Rumah Tradisional Melayu ini telah mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Tetapi bentuk asas iaitu bertiang dan berlantai tinggi dari tanah masih dikekalkan. Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, atap nipah, atap rumbia, atap bertam, buluh berayam, pelupuh, kayu buluh atau batang nibung, telah digantikan dengan bahan-bahan lain seperti zing dan genting untuk bumbung dan simen serta batu bata.
Bentuk rumah tradisional adalah berbeza bagi setiap negeri. Rumah-rumah ini mempunyai ciri-ciri yang tersendirian.


Pengenalan Kepada Rumah 


Melayu Tradisional di

Malaysia & 

Lukisan Terukur

Rumah Melayu
Tradisional di Malaysia~




 Peta Penempatan Rumah Melayu Tradisional


Peta Lokasi Reka Bentuk Seni Bina




Rumah Bumbung Limas Terengganu


RUMAH LIMAS BUNGKUS






Di Terengganu terdapat beberapa bentuk rumah tradisional Melayu dan salah satunya dipanggil "Rumah Limas Bungkus".


Rumah Limas Bungkus


Rumah Limas Bungkus ini dikatakan berasal dari Belanda dan British. Senibina jenis ini mula diperkenalkan di kepulauan Riau sekitar abad ke-17 hingga ke-19. Pada abad ke-19, ia mula dibina di Terengganu.

Ciri-ciri istimewa rumah jenis ini ialah penggunaan sebatang bumbung yang lurus mendatar dan empat batang perabung menurun ke cucuran atap. Rumah jenis ini menggunakan dinding jenis janda berhias dan pian serta dihiasi dengan ukiran. Ia cukup popular dikalangan raja dan bangsawan. Di Terengganu, terdapat tiga buah istana yang menggunakan rekabentuk ini iaitu Istana Tengku Anjang dan Istana Tengku Long di Besut serta Istana Kolam di Kuala Terengganu.


Rumah Limas Bungkus

Rumah Limas Bungkus ini yang dibina dengan kaedah pasang siap juga turut di hiasi dengan ukiran kayu yang menarik dan mengagumkan oleh tokoh pengukir tempatan iaitu saudara Mohd Salizan bin Hj. Abd Rahman daripada Syarikat Pakatan Jurukir Tradisional Sdn Bhd.


Struktur rumah ini dikenali berdasarkan bumbung rumahnya yang terdiri dari pada sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran kerrawang kayu. Rumah jenis ini mempunyai beberapa bentuk daripada bentuk panjang dan bersegi empat tepat. Ruangnya pula terdiri daripada ruang anjung, beranda, rumah tengah dan dapur.

Rumah Terengganu dibina daripada kayu cengal, meranti dan kapur. Manakala atapnya daripada atap tanah dan atap genting senggora.

Rumah tradisi negeri Terengganu iaitu "Rumah Limas Bungkus" memang cukup indah serta mampu membuatkan hati kita terpegun apabila melihatnya.Hasil seni pada ukiran kayu di rumah ini sudah cukup menggambarkan betapa hebatnya daya kreativiti dan keunikan pemikiran masyarakat terdahulu.


Rumah Bumbung Panjang Kedah










Di Kedah rumah panjang kedah hampir sama bentuknya dengan rumah panjang perlis kecuali sekadar perbezaan pada susunan ruangnya sahaja. Rumah panjang kedah berbentuk memanjang, bumbungnya panjang lurs mendatar menggunakan tabir layar yang diperbuat dari pelupuh berbentuk tiga segi atau huruf ’v’ terbalik. Bumbung dapurnya rendah sedikit dari bumbung ibu seakan-akan kelihatan seperti bumbung rumah gajah menyusu yang terdapat di Pulau Pinang. 

Rumah panjang kedah terdiri dari beberapa ruang iaitu ruang leper dan ruang rumah tangga terletak dihadapan, manakala ruang tengah, serambi, sama naik, bilik dan ruang dapur terletak dibahagian belakang. Rumah ini mempunyai banyak tiang dan biasanya lebih daripada 20 batang tiang pada rumah ibunya. Bahan-bahan binaan rumah ialah Cengal, Meranti, Damar laut, dan buluh manakala atapnya diperbuat dari Rumbia, Nipah dan genting Senggora.
Rumah Bumbung Panjang Kelantan



Pengenalan Rumah Melayu Tradisional Kelantan




















Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar. Antara faktor yang mempengaruhi seni bina rumah Melayu ialah faktor iklim, agama Islam, sosial dan alam sekitar.

Faktor agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan perempuan dipisahkan. Faktor iklim pula menyebabkan
sebahagian besar rumah Melayu tradisional ini dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi kelembapan tanah. Selain itu dapat mencegah ruang di dalam rumah ditenggelami air jika berlaku banjir.



Pada peringkat awal rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat.. Bentuk rumah ini berubah mengikut arus perubahan di mana kemudiannya muncul pula rumah bertiang @ berpanggung dengan kedudukan lantainya yang tinggi dari aras tanah dan mengandungi ruang serta berdinding.

Bentuk bumbung seperti huruf V terbalik diperkenalkan. Pada pertemuan di sebelah puncak tutup bumbungnya dipisahkan oleh banir yang dipanggil tulang perabung @ tulang bumbung. Bentuk bumbung ini dikenali juga dengan bumbung lipat kajang @ bumbung panjang. Selepas kedatangan penjajah Belanda dan Inggeris, rumah berubah bentuk kepada bentuk limas @ bumbung Belanda.

Selaras dengan perubahan dan perkembangan teknologi, kaedah membina rumah juga berubah. Di peringkat awal, sistem mendirikan rumah hanya dengan cara diikat dan tarahan tanggam. Sistem tebuk kemudiannya diperkenalkan. Begitu juga penggunaan paku kayu yang dikenali juga dengan pemeting untuk menguatkan persediaan rangka rumah.Pada peringkat awal tiang rumah berbentuk bulat dan rotan @ akar digunakan untuk menguatkan persendian. Tarahan tanggam dibuat untuk mengejapkan persendian seterusnya tiang bersegi dan ditebuk untuk laluan kayu rasuk dan alang serta dibaji.

Penggunaan alat seperti ketam, gergaji dan alat tebuk menebuk membolehkan lantai dan dinding rumah yang lebih baik bagi menggantikan balak kayu yang digergaji. Penggunaan papan untuk dinding dan lantai diperkenalkan untuk menguat dan merapi rumah. Su


sunan sambung menyambung untuk dinding yang dikenali dengan sambungan tindih kasih dan sambung berlidah telah memperlihatkan susunan dinding secara melintang, menegak dan juga menyerong.
Pengaruh kebudayaan luar khususnya daripada Kepulauan Melayu seperti Pattani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi, dan Bajau telah mempengaruhi senibina dan reka bentuk rumah Melayu. Maka lahirlah rumah berbentuk Minangkabau, Bugis dan lain-lain.

Rumah Bumbung Panjang Melaka






~Rumah Melaka~




Di Melaka rumah tradisionalnya dikenali dengan panggilan Rumah Melayu Melaka. Ia masih terdapat di seluruh Negeri Melaka sehingga kini. Rumah ini terkenal dengan tangga batunya yang disalut dengan jubin beraneka warna yang diimport dari China dan India. Rumah yang asli menggunakan 12 hingga 16 batang tiang utama pada bangunan induk atau rumah ibu. Komponen bangunannya pula terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur.

Pembahagian ruangnya pula terdiri dari ruang serambi, di hadapan adakalanya ditambah dengan ruang anjung yang bertangga. Di ruang tengah terdapat sebuah bilik dan diantara rumah ibu dan rumah dapur terdapat satu ruang dipanggil selang.

Terdapat di ruang tengah sebuah ruang di antara bumbung dengan bilik dipanggil peran atau loteng. Kegunaan ruang tersebut selain sebagai tempat tidur anak-anak gadis apabila terdapat majlis juga sebagai tempat simpanan barang-barang. Rumah ini biasanya dibina dari kayu cengal, meranti dan damar laut.




Rumahtradisionalbg.jpg
Rumah Tradisional yang dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat melayu berciri-ciri bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin.
Tangga batu merupakan ciri-ciri utama disamping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.Halaman Rumah tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga yang menarik ~ ~ ~      

                                                                        



 Rumah Melayu Negeri Sembilan~


Rumah dan perkampungan merupakan salah satu peralatan budaya yang penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat.Ianya juga menjadi asas kepada kajian sosio-budaya masyarakat tersebut
.

Rumah dan pembinaannya dapat menggambarkan satu bentuk budaya bagi orang yang mendiaminya.Di Negeri  Sembilan,reka bentuk rumah orang Melayu agak unik yang melambangkan keunikan masyarakat adat perpatih yang diamalkan oleh orang-orang Negeri Sembilan.

Rumah Melayu Tradisional mempunyai daya tarikan yang tersendiri di mana setiap binaan dan struktur asas rumah seperti tiang,bumbung,bendul ,tingkap dan tangganya dikatakan dibina dengan mewakili pelbagai maksud yang tersendiri.Senibina rumah berkenaan sering dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat melayu dan hubungan mereka yang erat dengan alam sekitar.
Sekiranya kita melangkah ke Negeri Sembilan,pasti kita bertemu dengan rumah orang Melayu yang hamper serupa bentuknya.Di Taman Seni,Seremban tersapat sebuah model Rumah Melayu Negeri Sembilan yang telah tua usianya.Namun dalam ketuaan usianya itu,banyak rahsia sejarah silam tersimpan.
Model Rumah Melayu Negeri Sembilan ini telah dibina pada tahun1921.Ianya juga menggambarkan corak seni bina rumah-rumah  Melayu Negeri Sembilan secara keseluruhannya.Model rumah Melayu ini pada asalnyaterletak di atas tanah tinggi di persimpangan Jalan Tasik dan Jalan Dunman dalam Bandar Seremban sebelum dipindahkan ke Taman Seni Negeri Sembilan. 

Sebagaimana rumah Melayu Negeri Sembila lazimnya,model rumah Melayu Negeri Sembilan ini juga menyamai reka bentuk rumah adat Minangkabau.Ini merupakan pengaruh yang jelas ke atas rumah-rumah Melayu Negeri Sembilan keseluruhannya.Dan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi,kerana kebanyakan orang-orang Melayu Negeri Sembilan adalah berasal dari Minangkabau.

Jika ditinjau dengan teliti dan mendalam mengenai konsep binaan Rumah Melayu Negeri Sembilan,ia begitu lengkap dari segi susunan dan perancangannya.Dengan menfokuskan kepada model Rumah Melayu Negeri Sembilan,kita dapati ianya meniru reka bentuk Minangkabau.Ia mempunyai bumbung panjang dan lentik dengan kedua-dua hujung bumbungnya naik ke atas sedikit.Seperti rumah Melayu lain,ia juga mempunyai rumah ibu,atau rumah tengah serambi serta loteng dan pada dindingnya mempunyai ukiran-ukiran yang menarik sekali.Antara ciri lain adalah berlantai tinggi dari tanah dan bertangga kayu.


Model Rumah Melayu Negeri Sembilan ini diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi dan atapnya juga daripada kayu.Rumah ini juga agak sederhana besarnya iaitu 17.8 meter x 2.7 meter panjang dan 7.8 meter x 0.9 meter lebar.Ia mempunyai 16 batang tiang utama,justeru itu ia juga dikenali sebagai Rumah Tiang 16.
Seperti rumah-rumah Melayu tradisional,rumah ini juga diserikan dengan ukiran-ukiran yang menarik pada bahagian hadapan rumah.Ukiran ini menambahkan lagi mutu seni rumah tersebut yang bukan sahaja kukuh dari segi binaannya tetapi juga indah dan bernilai dari segi reka bentuk seninya.Oleh sebab itulah model Rumah Melayu ini telah dipamerkan di London pada tahun 1924 dalam Pameran Great Wembly.Kini model Rumah Melayu Negeri Sembilan ini masih tegak berdiri di Taman Seni Negeri Sembilan sebagai bangunan sejarah untuk generasi akan datang.



Berhampiran dengan Model Rumah Melayu Negeri Sembilan ini,terdapat sebuah lagi bangunan lama iaitu Istana Ampang Tinggi.Istana Ampang Tinggi juga merupakan istana yang mempunyai pengaruh reka bentuk Minangkabau,Ia berbumbung panjang dan lentik .Selain darpada reka bentuknya,keindahan atau seni ukiran yang terdapat di dinding,pintu,tangga dan lain-lain bahagian istana ini juga merupakan keistimewaannya.Istana ini juga dibina tanpa menggunakan paku besi.


            Istana Ampang Tinggi


Kebanyakan ukiran-ukiran yang terdapat di Istana ini mempunyai motif-motif tertentu khususnya motif awan larat,bunga semantung,bunga tampuk manggis dan berbagai bagai jenis motif bunga-bungaan.Sesungguhnya ukiran-ukiran ini melambangkan ketinggian mutu seni ukiran dan budaya Melayu sendiriu.

Istana ini juga mempunyai loteng.iaitu salah satu ciri bagi rumah-rumah Melayu tradisional Negeri Sembilan.Di bahagian ini biasanya merupakan tempat menyimpan barang-barang berharga dan juga tempat beradu puteri-puteri. 



Istana Ampang Tinggi ini telah dibina pada masa pemerintahan Yamtuan Ulin(Yamtuan Imam),Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kelima di antara tahun 1861-1869.Istana ini pernah menjadi tempat bersemayam Tunku Muhammad,Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan ketujuh.Bagaimanapun pada tahun 1928,istana ini tidak menjadi tempat besemayam baginda lagi dan ianya dijaga oleh kerabat-kerabat baginda.Pada tahun 1953,istana ini dipindahkan ke Seremban dan dijadikan Muzium Negeri. 


Kedua-dua  bangunan Model Rumah Melayu Negeri Sembilan dan Istana Ampang Tinggi ini kini menjadi tarikan para pelancong untuk berkunjung ke Taman Seni Negeri Sembilan.Sesungguhnya bangunan-bangunan tersebut merupakan hasil seni bina orang-orang Melayu yang mempunyai kreativiti yang tinggi dan ianya memancarkan sifat warisan budaya nenek moyang dahulu.Hasil seni yang bermutu itu lahir dari proses evolusi,dibentuk oleh zaman dan di dalamnya tersirat dan terjalin aspek budaya Melayu yang menjadi kebanggaan generasi kini.

Rumah Bumbung Panjang Pahang~


Masyarakat Melayu tradisional Pahang memang kaya dengan seni bina yang diwarisi sejak zaman silam.
Kebiasaannya seni bina yang kreatif dan imaginatif dijelmakan menerusi reka bentuk istana, rumah, surau, perahu, reban ayam dan peralatan tertentu yang digunakan dalam kehidupan harian.
Salah satu seni bina dikagumi dengan kehalusan reka bentuknya ialah rumah tradisional Melayu Pahang.Keunikan rumah tradisional Pahang dibina tanpa menggunakan walaupun sebatang paku, apabila sejenis alat yang dinamakan tanggam diguna atau diperkuatkan bagi menyambung bahagian tertentu.Sesuai dengan penempatan orang Melayu di persisiran sungai, kebanyakan rumah berkenaan masih boleh ditemui di kampung berdekatan Sungai Jelai, Sungai Pahang dan Sungai Tembeling di daerah Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Pekan.
Zaman telah berubah apabila nilai seni bina berciri moden kini lebih kontras dan mendominasi kehidupan masyarakat Melayu hari ini sehingga menenggelamkan bentuk kediaman tradisional yang sepatutnya dihargai oleh semua pihak.Rumah tradisional Melayu Pahang yang juga dikenali dengan nama Rumah Serambi Pahang, biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya.Pembahagian ruang rumah tersebut terdiri daripada rumah ibu dan dapur yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang.
Seni bina itu juga mengandungi ruang tertentu di bahagian hadapan iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang terdiri daripada ruang pentas dan ‘perbalai.’Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang. Bagi ruang dapur, ia terdiri daripada ruang pelantar yang digunakan untuk memasak dan membasuh.
Faktor cuaca banyak mempengaruhi seni bina rumah tradisional Pahang dan ia terbukti apabila reka bentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir.
Reka bentuk yang lebih terbuka iaitu kehadiran tingkap yang banyak, beranda dan tiang itu sendiri memberi laluan angin di bahagian bawah rumah, tingkap dan bumbung.
Bentuk berkenaan banyak diasosiasikan dengan pertembungan budaya dan pengaruh binaan Minangkabau, Aceh, Bugis, Jawa dan Siam selain mempamerkan hasil kemahiran tukang rumah tempatan.
Seni bina rumah Pahang juga dibina bercirikan reka bentuk seni bina Melayu ‘Palladian,’ berbumbung tradisional Melayu manakala ukiran pada pintu dan dinding memaparkan motif Barat seperti yang boleh dilihat di kediaman rasmi bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, iaitu rumah kelahiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Bukit Bius di sini yang dibina pada 1922.
Kediaman itu dilengkapi beberapa bilik yang dibina menggunakan kayu hutan bermutu tinggi dan tahan lama tanpa boleh dirosakkan oleh anai-anai dan haiwan pemusnah lain.
Pada zaman awal, kayu menjadi tunjang kepada struktur rumah berkenaan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh serta daun rumbia atau nipah menjadi dinding dan atap.
Kebiasaannya, rumah tradisional Pahang diperkukuhkan oleh penggunaan kayu hutan yang dibelah dan dijadikan papan iaitu kayu meranti, merbau, cengal dan beberapa jenis kayu hutan lain yang mampu bertahan sehingga lebih satu abad.
Ciri binaan yang kreatif berunsurkan motif tumbuhan iaitu daun, bunga, dan haiwan terutama burung masih boleh dilihat pada ukiran di tingkap, pintu, dinding, bumbung dan rasuk.
Tanggam dibuat untuk mencantum bahagian rasuk dengan tiang, alang, lantai, anak tangga dan kekuda bumbung mempamerkan kesenian binaan kediaman tanpa menggunakan sebatang paku.
Rumah Melayu tradisional Pahang merupakan warisan seni bina yang cukup unik dan sangat bernilai.
Reka bentuknya dibina oleh tukang rumah yang menampakkan kemahiran dan kreatif dalam bidang seni bina zaman silam.
Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.
Rumah tradisional Melayu Pahang melambangkan cara hidup masyarakat zaman silam di pesisiran sungai yang menjadi nadi sumber rezeki dan pengangkutan yang sangat penting pada zaman berkenaan.


Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis ini kian pupus. Ia terdapat juga di beberapa buah kampung yang mana usianya hampir seratus tahun.

Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya. Komponennya terdiri dari rumah ibu dan dapur dan di antara keduanya dipisahkan oleh ruang yang dipanggil selang. Ia juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang.

Bagi ruang dapur ia mengandungi ruangpenaggah serta pelantar. Ruang-ruang ini digunakan untuk menanti, memasak
dan sebagainya.





Rumah Bumbung Panjang Perak




             ~Rumah Kutai~


Rumah ini adalah dari jenis bumbung panjang. Keistimewaan reka bentuknya adalah kerana ia lebih etnik dan ringkas. Rumah ini masih terdapat di negeri Perak dan telah berusia lebih 100 tahun. Antaranya di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Kampung Kota Lama Kanan dan Kampung Bota Kanan, Parit.

Rumah ini menggunakan sepenuhnya bahan binaan semula jadi yang terdapat di sekeliling kampung. Struktur asas adalah kayu keras manakala atap dibuat dari daun rumbia dan dinding pelupuh dari anyaman buluh atau rotan. 

Rumah ini mempunyai bumbung yang agak tinggi, tetapi terdapat sedikit keunikan dari segi keterbukaan rumah ini. Ia seolah-olah tidak mempunyai pengudaraan yang baik dan mencukupi. Dinding rumah mencapai ke paras rabung atap tanpa diselangi kerawang atau seumpamanya. Ini disebabkan dinding itu sendiri tembus angin, maka ianya tidak perlu hiasan kerawang dan  sikap rendah diri penghuni rumah ini.

Keringkasan reka bentuk menunjukkan yang rumah kutai adalah untuk orang biasa berbanding rekaan lain yang lebih moden dan canggih seperti bumbung limas dan bumbung Perak. Rumah ini menyaksikan beberapa unsur seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri. 

_____________________________________Rumah Bumbung Panjang Perlis


Rumah tradisional (traditional house of) Perlis


Kita bermula dengan Perlis, negeri paling utara di Malaysia.
We'll start with Perlis, the northernmost state in Malaysia.
Inilah rumah bumbung panjang Perlis.
This is the long-roofed house of Perlis.
Jemput naik!
Come let's go up!
Serambi rumah...
The verandah of the house...
Sambil masuk ke dalam boleh kelihatan terus bahagian paling belakang...
While entering inside one could see the furthermost section at the back...

Ruangan tengah...
The central section...
Ruangan makan.
The dining section.

Bahagian bumbung belakang.
A section of the roof at the back.


Sedikit maklumat senibina.
Some information on the architecture.

This type of house slowly becoming extinct. The house dates back more than 70 years. The Perlis Long Roofed House is made from ‘Cengal’ and ‘Damar laut’ wood. Its walls are made from flattened bamboo strips interwoven in a pattern. Its roofing is made of sago or ‘Nipah’ palm and at times, Senggora tiles.


Rumah Bumbung Panjang Pulau Pinang









Di Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu yang berlainan bentuk iaitu Rumah Bumbung Panjang, Rumah Serambi dan Rumah Serambi Gajah Menyusu tetapi semua jenis rumah ini kian pupus. Rumah Serambi Gajah Menyusu dapat dikenali dengan bentuk bumbungnya dimana bumbung ibu kelihatan lebih tinggi dari bumbung serambi. Rumah Serambi Gajah Menyusu, bumbungnya kelihatan tinggi rendah seperti seekor gajah sedang menyusukan anaknya. 

Rumah jenis ini menggunakan bumbung panjang jenis mendatar dan di muka tepi dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar manakala komponen bangunanya terdiri dari rumah ibu dan dapur. Pembahagian ruangnya terdiri dari ruang rumah tangga, terletak dihadapan ruang serambi luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, ruang gajah menyusu dan dapur. Bahan-bahan rumah ialah dari kayu seperti Cengal dan Meranti manakala atapnya dari Rumbia.




Rumah Bumbung Panjang Selangor








Di Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu yang berlainan bentuk iaitu Rumah Bumbung Panjang, Rumah Serambi dan Rumah Serambi Gajah Menyusu tetapi semua jenis rumah ini kian pupus. Rumah Serambi Gajah Menyusu dapat dikenali dengan bentuk bumbungnya dimana bumbung ibu kelihatan lebih tinggi dari bumbung serambi. Rumah Serambi Gajah Menyusu, bumbungnya kelihatan tinggi rendah seperti seekor gajah sedang menyusukan anaknya. 

Rumah jenis ini menggunakan bumbung panjang jenis mendatar dan di muka tepi dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar manakala komponen bangunanya terdiri dari rumah ibu dan dapur. Pembahagian ruangnya terdiri dari ruang rumah tangga, terletak dihadapan ruang serambi luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, ruang gajah menyusu dan dapur. Bahan-bahan rumah ialah dari kayu seperti Cengal dan Meranti manakala atapnya dari Rumbia.



Rumah Limas Johor













KENALI WARISAN SENI BINA JOHOR: RUMAH LIMAS


1.0 PENDAHULUAN
Seni bina rumah limas tergolong dalam budaya kebendaan. Sebenarnya, seni bina rumah limas banyak menerima pengaruh luar. Antaranya penjajahan Belanda dan British di Tanah Melayu, pengaruh kemasukan agama Islam serta pengaruh daripada seni bina rumah Indonesia. Hal ini demikian dapat dilihat melalui transformasi rumah bumbung panjang iaitu rumah tradisional Melayu Johor kepada rumah limas. Masyarakat Melayu tradisional Melayu Johor telah mengadaptasi seni bina luar ke dalam seni bina rumah limas. Contohnya melalui pembinaan tangga yang mempunyai maksud tertentu. Pengaruh ini bukan sahaja diserap oleh masyarakat Melayu Johor namun masyarakat Melayu amnya. Seni bina rumah masyarakat Melayu Johor ini mempunyai nilai estetika yang perlu dikekalkan dan diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi.

2.0 SEJARAH RUMAH LIMAS

Pengaruh iklim khatulistiwa di Malaysia banyak mempengaruhi corak kehidupan masyarakatnya termasuklah dalam seni bina rumah. Dalam konteks yang lebih kecil iaitu dengan mengambil contoh seni bina rumah limas di Johor, pembinaan rumah tradisional berkenaan berperanan sebagai tempat berlindung yang sesuai dengan faktor topografi tanah dan iklim kawasan tersebut. Jika disingkap daripada sudut sejarah rumah limas, perkataan ‘limas’ menjurus kepada atap yang mempunyai lima perabung (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1997:66). Limas atau ‘bumbung lima’ ini ditambah struktur segitiga di atasnya lalu dipanggil ‘limas’ (daripada ‘lima emas’ kerana suatu masa dulu hanya rumah pembesar yang berbumbung limas, dan mungkin mula digunakan semasa Kesultanan Johor-Riau). Rumah jenis ini juga sering disebut dengan rumah Bari (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1997:66). Bari dalam bahasa Indonesia berarti lama atau kuno.

Menurut Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh (1997: 70), rumah Melayu bentuk limas mula berkembang dan popular di Malaysia sejak pertengahan kurun ke 19. Pengaruh kebudayaan luar khususnya daripada Kepulauan Melayu seperti Pattani, Acheh, Minangkabau, Jawa, Bugis, Riau, Jambi, dan Bajau telah mempengaruhi seni bina dan reka bentuk rumah Melayu. Contohnya Rumah Minangkabau, Rumah Bugis, Rumah Belanda, dan Rumah Bujang. Kedatangan penjajah Barat khususnya Belanda dan Inggeris pula telah menyebabkan rumah tradisional Melayu Johor berubah bentuk daripada rumah bumbung panjang kepada rumah limas iaitu berbeza pada kedudukan bumbungnya (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1997:67). Dapatlah dikatakan bahawa semua rumah tradisional negeri di Malaysia mempunyai rumah bumbung panjang namun, selepas kedatangan penjajah dan kemasukan pengaruh luar, seni bina dan bentuk rumah tradisional Melayu mengalami perubahan bentuk seperti limas atau bumbung Belanda di Johor.

2.1 STRUKTUR BINAAN RUMAH LIMAS

Rumah limas Johor mempunyai bentuk asas yang sama iaitu dibina sederhana tinggi. Dalamnya terdapat unsur rumah Melayu tradisi terutama ciri hiasan kelarai dan alas tiang rumah (Ensiklopedia Malaysiana jilid 11, 1996:248). Cara untuk mengenal pasti rumah limas Johor mengikut Ensiklopedia Malaysiana (1996:252) ialah melalui bumbung rumahnya iaitu mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas. Pada puncak bumbung dipasang kayu tajam yang dipanggil tunjak langit (Suraya 1995:39). Rumah ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil serambi dan di hujung serambi ialah ruang anjung. Rumah ini dibuat daripada kayu cengal, keranji, perak dan meranti (Suraya 1995:39).

Garis besar rumah Limas terdiri daripada tiga bahagian, iaitu bahagian depan, bahagian tengah dan bahagian belakang. Pada bahagian depan rumah terdapat tangga dengan anak tangga berjumlah ganjil. Bahagian dalamnya pula berupa pelataran yang luas. Ruangan ini dijadikan pusat berkumpul pada majlis-majlis seperti kenduri dan majlis Marhaban. Ruang tamu sekaligus akan dijadikan ‘ruang pamer’ untuk menunjukkan kemakmuran pemilik rumah. Pada bahagian ruangan dinding akan dihiasi dengan ukiran bermotif flora yang dicat dengan warna keemasan. Ruang bahagian belakang digunakan sebagai dapur.


Dengan istilah lain, bahagian depan digelar ‘rumah ibu’ (sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga), bahagian tengah sebagai ‘rumah tengah’ dan bahagian belakang ialah ‘rumah dapur’ (www.sumsel.go.id/seniBudaya). Kebiasaannya pada bahagian hadapan rumah mesti mempunyai bahagian lantai yang lebih rendah daripada aras rumah ibu. Bahagian tersebut berbumbung namun selalunya tak berdinding dan cuma berpagar susur (railings). Bahagian ini juga dipanggil ‘serambi’, ataupun ‘selasar’ (www.dipardass.go). Ruang ini menjadi tempat pengantara di antara bahagian luar rumah dan dalam rumah untuk tujuan melakukan pekerjaan, beristirahat atau menerima tetamu yang bukan muhrim. Pada bahagian belakang rumah pula terdapat ‘pelantar’ yang menjadi tempat kerja basahan atau basuhan.

Pengasingan antara bahagian ini dilihat sebagai sesuai dengan kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Pembahagian bahagian-bahagian rumah dapat mengelak daripada kebakaran. Hal ini demikian kerana kebakaran selalunya berpunca daripada api masakan. Oleh itu, jika bahagian dapur terbakar, lebih mudah untuk mengawal bahagian lain daripada terbakar. Tambahan lagi, sekiranya pemilik rumah ingin memperbesar rumah, struktur rumah tengah pula boleh ditambah di antara Rumah Ibu dan Rumah Dapur. Struktur rumah limas yang terangkat atas tiang dilihat dapat menambah pengudaraan. Hal ini demikian juga disesuaikan dengan gandingan pelbagai gaya tingkap, termasuk jenis tingkap sependiri seperti ‘French window’, yang berguna untuk kemasukan angin dan cahaya (Lihat lampiran). Menurut Mohd Tajuddin Mohamad Rosli et. al (2004: 28) pula, pembinaan tingkap seperti itu adalah disebabkan kekerapan aktiviti orang Melayu yang banyak duduk dilantai seperti makan, tidur dan sembahyang menyebabkan tingkap dibuat rendah hingga ke lantai untuk disesuaikan dengan keadaan duduk.

Rumah limas mempunyai ‘bumbung lima’ atau ‘limas’ (atap perisai). ‘Bumbung lima’ ialah jenis yang ada lima perabung atau empat perabung seperti piramid untuk struktur ringkas seperti pondok wakaf (http://myschoolnet.ppk.kpm.my). Lebih canggih lagi, ‘bumbung lima’ ini ditambah struktur segitiga di atasnya yang dipanggil ‘limas’ (dari ‘lima emas’ karena suatu masa dulu hanya rumah orang berada atau pembesar yang berbumbung limas, dan mungkin mula digunakan semasa Kesultanan Johor-Riau).

Sifat paling ketara pada rumah limas adalah pada struktur binaannya yang didirikan di atas tiang. Kelebihan yang diperolehi daripada ‘keterapungan’ ini; termasuklah mengelakkan daripada mudah dimasuki haiwan liar, dan dapat mengelak air daripada masuk ke rumah jika berlaku banjir. Rumah juga akan lebih sejuk akibat pengudaraan pada semua bahagian (dari atas, tepi dan bawah). Selain itu, ruang kosong pada bahagian bawah rumah (juga disebut ‘polong’) menjadi tempat yang sesuai untuk menyimpan barang.

Seni bina rumah limas dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan persekitaran dan pegangan mereka. Antara faktor yang mempengaruhi seni bina rumah limas ialah faktor iklim, agama Islam, sosial dan alam sekitar. Faktor agama Islam menyebabkan rumah didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan perempuan dipisahkan. Rumah limas mempunyai bilik yang lebih daripada satu. Hal ini demikian merangkumi bilik tidur utama, bilik tidur anak lelaki, bilik tidur anak perempuan dan bilik tidur tetamu. Selain itu, pembahagian rumah kepada rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur juga merupakan pengaruh sosio agama masyarakat Melayu terdahulu termasuklah dalam masyarakat Melayu Johor. Kewujudan konsep pelan terbuka menyebabkan wujudnya pelbagai bentuk simbol fizikal pemisah. Zon tetamu biasanya pada bahagian hadapan manakala zon keluarga pada bahagian belakang rumah (Mohd Tajuddin Mohamad Rosli et. al 2004: 33).

Faktor iklim dan lokasi perumahan yang berhampiran dengan hutan pula menyebabkan rumah limas ini bertiang dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah supaya dapat mengatasi kelembapan tanah dan dapat mengelak daripada dimasuki haiwan liar (Mohd Tajuddin Mohamad Rosli et. al 2004: 28). Selain itu, tiang ini juga dapat mencegah ruang di dalam rumah ditenggelami air jika berlaku banjir.

Budaya masyarakat Melayu kaya dengan kiasan atau pengaruh daripada agama Islam sehinggakan pengaruh seni bina Barat juga tidak mampu menandinginya. Rumah limas biasanya dibina menghadap matahari naik atau jatuh untuk menyesuaikannya dengan arah kiblat dan juga untuk mengawal suhu di dalam rumah (Abdul Halim Nasir dan Wan Hashim Wan Teh 1997: 36). Orang-orang tua juga mempercayai bahawa kebiasaan membuka tingkap pada awal pagi walaupun matahari belum terbit akan memanggil malaikat pembawa rezeki. Pintu dan tingkap pula dihiasi dengan ukiran berbentuk awan larat yang indah sebagai tanda mengalu-alukan tetamu yang datang kerana mereka dianggap membawa rezeki.

Unsur sufisme dalam seni bina rumah limas adalah sebagai satu perumpamaan kubur supaya sentiasa mengingati kematian. Dengan itu, manusia akan menjauhi perkara-perkara yang dilarang dan mengamalkan perkara yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Konsep ini dapat dilihat pada rumah limas yang mempunyai petunjuk langit pada bahagian hujung kiri dan kanan bumbung dan berbentuk batu nisan. Unsur ini juga sebagai perlambangan bahawa manusia mendapat cahaya daripada langit.
Anak tangga rumah Melayu tradisional sengaja dibina dengan bilangan ganjil kerana bilangan genap menunjukkan kesempurnaan dan ia hanya milik Allah S.W.T. Hal ini demikian juga sama dengan seni bina rumah limas. Bilangan ganjil menunjukkan manusia sebagai hamba-Nya yang lemah dan tidak sempurna. Biasanya masyarakat Melayu tradisional mengambil bilangan 3, 5, 7 dan 9 anak tangga. Angka 7 sering dikaitkan dengan pengertian 7 petala langit, 7 petala bumi, 7 hari dan sebagainya. Hal ini demikian menjelaskan bahawa masyarakat Melayu tradisional sering mengadaptasi isi kandungan al-Quran dalam seni bina rumah mereka.

Pada bahagian tebar layar, masyarakat Melayu Johor menggabungkan corak bulan atau matahari naik. Namun begitu, mereka juga mengggunakan unsur flora. Ukiran susur bayung membuktikan bahawa corak yang digunakan oleh masyarakat Melayu dikaitkan dengan etika nilai kepercayaan kepada Tuhan yang Esa (Rahmah Bujang dan Nor Azlin Hamidon 1998:121). Motif ukiran adalah menggambarkan cahaya atau hidayah dari Allah S.W.T. yang diperlukan oleh manusia. Ukiran bersambung-sambung yang menghiasi pintu pula adalah kiasan kepada kalimah syahadah yang mengikat dan menghubungkan manusia dengan Allah S.W.T. selama-lamanya. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu tradisional, kalimah syahadah perlu dihidupkan dalam kehidupan seharian, bukan sahaja sebagai kalimah suci tetapi juga sebagai lambang hubungan rapat manusia dengan Allah S.W.T.

3.0 PENERIMAAN RUMAH LIMAS DALAM KONTEKS MASYARAKAT MODEN~

Tradisi pembuatan rumah Limas ditransmisikan secara turun-temurun daripada satu generasi kepada generasi berikutnya. Namun demikian, peredaran zaman telah mengubah tradisi ini. Pengaruh dan arus pemodenan telah mengubah corak pemikiran manusia yang akhirnya turut mengubah arkitekstur rumah limas. Dalam pada itu, kesukaran memperoleh bekalan kayu menyebabkan harga kayu menjadi sangat mahal. Keadaan ini telah mengubah minat masyarakat Johor daripada meneruskan tradisi pembinaan rumah limas. Selain itu, faktor kemampuan ekonomi turut menyebabkan masyarakat Johor khususnya pada hari ini berubah untuk tinggal di rumah teres atau di apartment yang jauh lebih sesuai dengan kemampuan ekonomi mereka.


Perubahan turut berlaku dalam aspek alat atau keperluan asas serta perkakasan dan hiasan rumah. Rumah limas menuntut tuan rumah menyediakan meja dan kerusi pada bahagian anjung atau beranda rumah di samping, di ruang makan dan ruang tamu. Langsir tingkap yang menjadi bahagian terpenting pada rumah limas juga memerlukan penggunaan jumlah kain yang banyak untuk dipadankan dengan panjang dan lebar tingkap tersebut. Selain itu juga, rumah limas mempunyai ruang tamu yang khas dan boleh diubahsuai untuk keperluan anggota rumah (Rahmah Bujang dan Nor Azlin Hamidon 1998:124). Hiasan rumah perlu dipelbagai mengikut kesesuaian pembahagian ruang dalam rumah. Perkara ini menjadi suatu kebiasaan bagi pemilik rumah limas. Namun begitu, bagi masyarakat moden, semua ini tidak menjadi kemestian kepada pemilik rumah kerana tuan rumah berhak menentukan keadaan rumah mereka sendiri. Tambahan pula, kemasukan unsur barat, timur dan juga pengaruh Indonesia dalam membawa imej pada hiasan sesebuah rumah mula menarik minat masyarakat moden terhadap aspek hiasan dalaman rumah. Buktinya semakin ramai masyarakat di Malaysia termasuklah masyarakat Johor sendiri mengimpikan struktur binaan rumah ala barat yang jauh lebih ringkas dan memerlukan kos yang lebih rendah. Pengaruh kenaikan suhu dunia juga sedikit sebanyak telah mengubah seni bina rumah limas iaitu dengan pengaruh alat penghawa dingin.

Dari segi proses pembinaan rumah limas, masyarakat Johor tradisional mempunyai satu sistem pembinaan yang unik. Hal ini demikian kerana, mereka perlu mengikuti beberapa tahap sebelum sesebuah rumah itu dapat didirikan. Proses ini dimulai dengan tahap persiapan melalui mesyuarat antara suami dan isteri tentang rumah yang bakal didirikan berdasarkan kemampuan dan besar rumah tersebut (Mohd Tajuddin Mohamad Rosli et. al 2004:29). Apabila mencapai kata sepakat, mereka akan mengadakan upacara menyembelih haiwan berkaki dua atau empat seperti ayam dan kambing untuk tujuan mesyuarat bagi mencari sumber bahan binaan, tempat yang ingin didirikan, waktu pendirian, pengadaan bahan dan mencari pembuatnya. Dalam majlis mesyuarat tersebut, turut diadakan majlis bacaan doa selamat bersama seluruh penduduk kampung. Majlis tersebut diadakan pada malam Jumaat.

Pada tahap pembangunan, terdapat tiga bahagian yang perlu dibangunkan secara berasingan iaitu bahagian bawah, bahagian tengah, dan bahagian atas rumah. Sebelum proses pembinaan rumah dilangsungkan, terlebih dahulu diadakan upacara pendirian cagak. Upacara ini ditandai oleh penyembelihan haiwan berkaki empat, seperti kambing dan lembu, kemudian barulah proses memacak tiang dilakukan. Setelah bahagian bawah selesai dibuat, proses dilanjutkan oleh pembangunan bahagian tengah rumah.

Biasanya, ketika proses membina bahagian bawah rumah limas, bahan-bahan untuk membuat bahagian ini juga telah dipersiapkan iaitu dimulai daripada papan untuk lantai, dinding, daun pintu, jendela dan sebagainya. Walau bagaimanapun proses ini kadang kala didahulukan dengan membuat bahagian bumbung rumah. Hal tersebut bertujuan agar bahan-bahan pada bahagian tengah, seperti dinding dan lantai, terlindung daripada hujan dan panas. Kerja-kerja membina atas rumah limas terdiri daripada pemasangan alang panjang, pengerap atau alang pelintang, kuda-kuda alang sunan atau tunjuk langit, kasau, tumbukan kasau, reng dan pemasangan atap.

Jika dibandingkan dengan masyarakat moden semua proses tadi diserahkan kepada kontraktor sepenuhnya. Konsep gotong-royong yang diamalkan oleh masyarakat tradisional tidak lagi sesuai digunakan pada masa kini atas alasan kesuntukan masa, sikap pentingkan diri sendiri, sibuk dengan urusan seharian dan terlalu mengejar kebendaan. Budaya meterial dan sekular yang dibawa oleh penjajah dan media pada masa kini telah mengancam amalan bantu-membantu dalam jiwa mereka. Keadaan ini juga turut menyumbang kepada perlambakan kawasan-kawasan perumahan. Masyarakat Melayu khususnya ghairah menjual tanah mereka dan akibat daripada itu, mereka tidak lagi mempunyai tanah dan cenderung untuk memilih rumah teres sebagai alternatif tempat tinggal. Selain itu, ketandusan budaya yang semakin ketara dalam masyarakat setempat telah menjadikan upacara-upacara seperti menyembelih haiwan sebagai tanda kesyukuran terus dilupakan dan dianggap sebagai khurafat.
Ibarat sudah terhantuk baru hendak tersedar, begitulah halnya dengan nasib masyarakat Johor. Rumah tradisional ini telah dijadikan sebagai salah satu cadangan bagi mengatasi masalah kerosakan yang teruk akibat banjir yang kerap melanda negeri tersebut sejak akhir-akhir ini. Memetik kenyataan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman oleh Bernama, kerajaan negeri Johor akan mengetengahkan reka bentuk "Rumah Limas Johor" yang didirikan di atas tiang-tiang, untuk membina projek-projek perumahan di kawasan yang kerap dilanda banjir (Berita wilayah, Berita Selatan Mei, 24). Keadaan ini telah memberi nafas baru kepada rumah limas kerana setelah sekian lama dipinggirkan, barulah maksud seni binanya disedari oleh masyarakat moden pada hari ini. Rumah Limas, akan dibina menerusi projek-projek perumahan kerajaan negeri dan akan menggunakan konkrit dan bukan kayu berikutan harga bahan mentah berkenaan yang mahal di pasaran. Kerajaan negeri bercadang mengketengahkan reka bentuk itu pada tahun ini dengan harga di antara RM60,000 dan RM70,000 sebuah (Berita wilayah, Berita Selatan Mei 24).

Tambahan pula, usaha mempopularkan semula rumah limas juga sedang giat dijalankan bagi menerangkan kepada orang ramai tentang seni warisan tradisional Johor. Program-program seperti program merakyatkan seni budaya yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dan Kerajaan Negeri Johor dilihat sebagai antara contoh usaha dan perlu diteruskan demi mempertahankan seni warisan dan kebudayaan negeri daripada hilang dimakan zaman.

3.0 KESIMPULAN

Sesungguhnya budaya, kesenian dan kesusasteraan dalam sesebuah negeri sebenarnya mencerminkan identiti negeri dan masyarakat negeri berkenaan. Oleh itu, keperluan untuk kita mempertahankan seni warisan tersebut amatlah dituntut bagi menghalangnya daripada hilang dimakan masa dan lenyap dipukul ‘badai’. Dalam seni bina tradisional rumah limas, langkah yang lebih drastik perlu diambil untuk memelihara dan memulihara saki baki rumah limas dan mengkomersialkannya untuk tatapan generasi masa hadapan. Jangkaan masa hadapan terhadap kewujudan rumah ini pada masa hadapan masih lagi kabur memandangkan minat serta kecenderungan generasi kini terhadap rumah limas semakin terpinggir. Oleh hal yang demikian, program pembudayaan seni warisan perlulah dijalankan dari masa ke masa untuk terus mempromosi rumah limas ke arena yang lebih global lagi.

LANDSKAP KAWASAN RUMAH LIMAS JOHOR DI DANGA BAY

Rumah traditional Melayu Johor juga dikenali sebagai rumah limas Johor. Seni binanya sangat cantik dimana pembinaannya tanpa menggunakan paku, hanya berdasarkan kepada tanggam semata-mata. Rumah limas traditional ini dibina berdasarkan pada cuaca iklim tropika di Semenanjung Malaysia. Rumah limas Johor banyak dipengarui elemen-elemen luar seperti dari British, Belanda, dan juga unsur-unsur rumah di Indonesia.

Rumah limas Johor mempunyai bentuk asas yang sama iaitu dibina sederhana tinggi. Cara untuk mengenal pasti rumah limas Johor ialah melalui bumbung rumah iaitu mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan empat buah perabung limas. Pada puncak bumbung dipasang kayu tajam yang dipanggil tunjuk langit. Rumah ini mempunyai ruang hadapan yang dipanggil rumah ibu dan di hujungnya ialah anjung. Biasanya rumah ini dibuat daripada kayu cengal, keranji, perak dan meranti.

Untuk mengetahuai dan melihat lebih dekat mengenai rumah ini bolehlah kita pergi ke Danga Bay, Johor Bahru kerana di kawasan ini didirikan rumah-rumah limas daripada setiap daerah di negeri Johor. Di kawasan rumah ini dibina landskap ala kampung. Kelihatannya cantik dan bersahaja. Penanaman rumput yang menghijau menjadikan kawasan taman menjadi lebih segar apatah lagi dengan kombinasi warna kayu rumah yang disapu dengan pewarna kayu. Balai Polis juga berbentuk rumah limas.


















Rumah Panjang Iban Sarawak...






      ~Rumah Panjang Iban Sarawak~



Rumah Panjang merupakan tradisi kaum Iban terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri maupun dari segi keselamatan dan kebudayaan. Senibina rumah ini berpegang teguh dengan adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana masyarakat luar.

Rumah ini menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian yang mudah didapati di Kepulauan Borneo. Bumbunngnya dari daun rumbia seperti Biru, Pantu, Mulong dan jenis daun tebal.

Dinding rumah berkenaan diperbuat daripada kulit kayu seperti Terentang atau buluh yang dikelar dan dibelah. Lantainya pula menggunakan buluh, papan atau kulit kayu. Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik.

Rumah Panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), ruai (ruang terbuka) dan bilik. Bahagian di atas bilik dan ruai dipanggil sadau (peran) sebagai tempat tidur anak dara disamping tempat menyimpan bijian dan perkakas.




Rumah Tradisional Kadazan Sabah




***~Gambar-Gambar Rumah Tradisional ~***






rumah limas Johor



                





                rumah Minangkabau

                        Rumah Pahang



                                                                                  

                                                                             




                                                                                    


                                                                                          
Rumah Bajau (Sabah)


Rumah tinggi Melanau (Sarawak)




10 RUMAH KAMPUNG TRADISIONAL DI MALAYSIA

10 rumah kampung tradisional di Malaysia. Rumah-rumah tradisional di kampung sememangnya mempunyai rekabentuk dan ciri yang unik. Hasil ukiran tangan jelas kelihatan menghiasi sudut-sudut tertentu rumah. Setiap negeri mempunyai rekabentuk rumah tersendiri. Sebagai contohnya jika kita ke Negeri Sembilan, kita akan dapat melihat pengaruh atap minangkabau. Jika kita ke negeri Melaka pula, kita akan melihat binaan tangganya yang cantik. Jika kita ke Terengganu pula kita akan dapat melihat rumah-rumah yang tinggi tiangnya. Namun begitu ciri warisan kemelayuannya tetap terserlah tidak kira di mana rumah itu berada.
10 rumah kampung tradisional di malaysia
Rumah Kampung 1
10 rumah kampung tradisional di malaysia
Rumah Kampung 2
10 rumah kampung tradisional di malaysia
Rumah Kampung 3
10 rumah kampung tradisional di malaysia
Rumah Kampung 4
10 rumah kampung tradisional di malaysia
Rumah Kampung 5
10 rumah kampung tradisional di malaysia
Rumah Kampung 6
10 rumah kampung tradisional di malaysia
Rumah Kampung 7
10 rumah kampung tradisional di malaysia
Rumah Kampung 8
10 rumah kampung tradisional di malaysia
Rumah Kampung 9
10 rumah kampung tradisional di malaysia
Rumah Kampung 10

    (\_/) (\__/) (\__/) (\ /)
  
 (+''+) (O.o) (- . 0) ( . .)
   
(")_(")(^ ^)  ( )( )  c(")(")...                          ~TAMAT~